logo-az

Malay

AZ Translation

AZ Translation ialah pilihan terbaik anda untuk perkhidmatan penterjemahan gred tinggi di seluruh negara sejak tahun 2008. Kami memfokuskan kepada hasil kerja berkualiti tinggi pada harga yang paling mampu dimiliki. Kami memastikan keperluan anda diutamakan dan menggunakan penterjemah terbaik kami untuk menterjemah dokumen, ucapan dan lain-lain dengan tepat.

AZ Translation mempunyai sekumpulan penterjemah yang mahir dan berpengalaman berpangkalan di Malaysia. Kumpulan ini juga mempunyai beberapa orang penutur bahasa ibunda. Oleh itu, kami menjamin kesempurnaan dan profesionalisme untuk semua hasil kerja kami. Semua projek yang kami kendalikan akan melalui prosedur TEP.

→  Terjemahan ialah proses komunikasi menggunakan bahasa lain dengan maksud yang tepat seperti dokumen asal.
→  Edit (Sunting) ialah proses menilai dan menganalisis konteks dan struktur bahasa, tatabahasa, nada dan elemen-elemen lain bahasa untuk memastikan profesionalisme di dalam penulisan dalam intonasi biasa, formal atau perbualan, bergantung kepada keperluan pelanggan.
→  Pembacaan pruf ialah proses menganalisis kesilapan struktur seperti ejaan, tanda bahasa, simbol dan penjarakan untuk menyampaikan mesej yang sebenar seperti dokumen asal.

Selain daripada penterjemah pakar kami, AZ Translation juga menggunakan inovasi terbaik yang ada dalam teknologi komputer. Dengan menggunakan alatan Terjemahan Bantuan Komputer (CAT), kami dapat memberikan terjemahan yang pantas, tepat dan lebih efisien mengikut tarikh akhir yang ditetapkan. Di sini ialah beberapa inovasi yang kami gunakan:

SDLX menawarkan beberapa alatan terbaik dan inovatif kepada industri penterjemahan untuk menghasilkan terjemahan yang menjimatkan kos dan berkualiti tinggi.
Wordfast Pro ialah salah satu program perisian memori terjemahan terunggul di dunia.
Passolo ialah alat yang memenangi anugerah yang digunakan untuk melaksanakan terjemahan antara muka pengguna dengan berkesan.
Idiom Worldserver Desktop Workbench dibangunkan untuk menawarkan integrasi paling tepat antara Pelayan Dunia (World Server) dan terjemahan komputer peribadi serta membenarkan penggunaan ciri terjemahan intuitif.

AZ Translation memberi jaminan kepada pelanggan kami:
•  Hubungan pantas dan responsif terhadap keperluan pelanggan.
•  Ketepatan masa terhadap semua projek yang ditawarkan.
•  Terjemahan yang tepat, hasil kerja berkualiti dan profesional sepanjang masa.
•  Harga yang berdaya saing dengan tumpuan terhadap keperluan pelanggan. Kami mendengar segala keperluan khusus anda.

Kami di AZ Translation menyediakan perkhidmatan penterjemahan terbaik penuh berdedikasi di seluruh negara untuk anda. Perkhidmatan hebat kami ini diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa. Kami menawarkan harga yang menarik dengan hasil kerja berkesan sepanjang masa. Hantarkan pertanyaan kepada kami sekarang!


Tentang Kami

AZ Translation ialah sebuah syarikat berpangkalan di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2008. Kami menawarkan penyelesaian bahasa yang berdedikasi kepada para pelanggan kami dalam 7 bahasa utama. Syarikat ini terdiri daripada 30 penterjemah profesional dan bebas. Para penterjemah kami yang memiliki pengalaman bekerja di tahap tertinggi industri ini menawarkan perkhidmatan penterjemahan berkualiti pada harga yang amat menarik. Pasukan penterjemah di AZ Translation dipilih kerana penguasaan mereka terhadap bahasa ibunda mereka. Mereka juga mempunyai pengalaman bekerja hampir sedekad dalam bidang penterjemahan. Semua terjemahan dilakukan dengan ketelitian dan ketepatan mengikut keperluan khusus setiap pelanggan.

AZ Translation mempunyai sejumlah pelanggan berpangkalan di A.S., U.K., Itali, China, Jepun, Korea, Singapura, Thailand, India dan lain-lain. Perkhidmatan kami ditawarkan di sektor awam dan swasta serta kami mempunyai banyak hubungan antarabangsa. Kami menawarkan perkhidmatan pada harga yang menarik memandangkan kami mempunyai penterjemah yang berkelayakan yang tinggal di Malaysia. Kami menawarkan jaminan kadar rendah untuk projek-projek besar. Sebagai sebuah syarikat yang terletak di tengah-tengah kuasa ekonomi Asia yang sedang membangun, kami mengendalikan pelbagai perkhidmatan penterjemahan yang berdaya saing dan berharga.

Kami menawarkan rangkaian luas perkhidmatan penterjemahan daripada manual teknikal, dokumen kewangan dan laman web kepada bahan pemasaran dan dokumen guaman. Daripada bahasa perbualan kepada bahasa formal, kami membantu anda mencapai audiens sasaran anda dengan perkhidmatan penterjemahan kami. Kami memastikan semua terjemahan mempunyai aliran semula jadi, tatabahasa yang tepat dan struktur yang kukuh, berdasarkan kepada dokumen yang anda perlukan.

Kami juga amat mementingkan inovasi dan teknologi. Ini bermakna pihak anda dan pihak kami akan mendapat penjimatan yang lebih besar dengan memfokuskan kepada kerja berkualiti, menambahbaikkan proses serta menjimatkan masa dan tenaga. Kami amat menghargai para pelanggan kami dan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami menjadikan kepuasan pelanggan sebagai matlamat utama kami dan kerana itulah apabila seseorang pelanggan menjalinkan kerjasama dengan kami, hubungan itu akan berkekalan.

Perkhidmatan yang kami tawarkan di AZ Translation bukan sekadar perkhidmatan profesional berkualiti; sebaliknya kami turut menawarkan persekitaran yang mesra dan bersifat peribadi dengan tumpuan kepada kepantasan dan hasil kerja yang baik. Kami ingin meruntuhkan sempadan bahasa di dalam dunia ini dan kami memastikan kami menyampaikan wawasan dan idea-idea anda di dalam cara yang terbaik, tepat dan berkesan, tidak kira apa jua platform atau format yang anda ingin gunakan.

AZ Translation mempunyai segala yang anda jangkakan daripada sebuah syarikat penterjemahan berkualiti. Kami menggabungkan profesionalisme bersama keghairahan, pengalaman dan semangat bagi memastikan semua projek yang kami kendalikan untuk anda menghasilkan terjemahan yang tepat, teliti dan baik. Inilah jaminan daripada kami yang tidak akan anda peroleh daripada mana-mana syarikat lain. Hubungilah kami hari ini!


Soalan Lazim

 

Apakah itu AZ Translation?

»  Sebuah syarikat berpangkalan di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan penterjemahan.

 

Penterjemahan bahasa apakah yang anda tawarkan?

»  Kami menawarkan penterjemahan ke Bahasa Malaysia, Jepun, Cina, Arab, Sepanyol, Perancis dan Portugis.

 

Bagaimanakah anda menetapkan harga untuk perkhidmatan ini?

»  Semua perkhidmatan ini mempunyai harga tersendiri berdasarkan pelbagai faktor seperti skop projek dan juga bajet. Kami juga memberi penekanan terhadap aspek masa, panjang dokumen dan format dokumen asal, kemahiran yang diperlukan serta kemahiran pakar.

 

Bagaimanakah saya boleh membuat tempahan?

»  Untuk membuat tempahan, anda boleh menghantarkan e-mel kepada [email protected] / [email protected]. Sila lampirkan salinan dokumen yang ingin diterjemah. Jika anda memerlukan jawapan segera, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami di talian (+60) 175 170 789.

 

Anda menyebut tentang penggunaan TEP di dalam projek anda. Apakah itu TEP?

»  Akronim ini bermaksud Terjemahan, Edit (Sunting) dan Pembacaan pruf. Ini ialah proses 3 langkah untuk penterjemah mematuhi satu sistem bagi menterjemah dokumen secara efektif daripada satu bahasa kepada satu bahasa lagi tanpa kehilangan inti pati dan konteksnya, mengekalkan nada dan struktur bahasa serta memastikan tiada kesilapan tatabahasa dan struktur.

 

Adakah TEP begitu penting?

»  Ya, prosedur TEP memastikan hasil kerja akhir mempunyai hampir 0% kadar kesilapan dan dengan terjemahan yang tepat, mesej anda dapat disampaikan dalam cara yang paling berkesan.

 

Bilakah EP tidak diperlukan?

»  Apabila anda mempunyai penyunting dan pembaca pruf anda sendiri untuk melakukan semakan untuk anda, maka anda tidak memerlukan perkhidmatan EP.

 

Berapa lama masa yang diperlukan untuk menyelesaikan penterjemahan satu dokumen?

»  Ini bergantung pada pelbagai faktor seperti bahasa, kerumitan teks dan sudah tentu, panjang teks tersebut. Bagi dokumen yang mengandungi 10,000 patah perkataan, proses penterjemahan adalah secepat 4 ke 5 hari. Lebih banyak masa diperlukan untuk menterjemah dokumen yang panjang. Namun, kami cuba untuk meletakkan nilai pada kepantasan sambil menekankan kualiti terjemahan. Kami menyediakan perkhidmatan pantas dan cepat bergantung kepada permintaan pelanggan. Jika anda memerlukan terjemahan yang sempurna, sila berikan lebih masa untuk penterjemahan.

 

Bagaimanakah saya boleh memastikan dokumen saya diterjemah oleh penterjemah manusia?

»  Kami berbangga kerana mempunyai penterjemah pakar yang berpengalaman hampir sedekad di dalam industri ini. Kami memberikan perhatian penuh kepada kualiti penterjemahan. Penterjemahan menggunakan perisian mudah dan pelayar web memberikan terjemahan yang tidak lengkap, tidak sesuai dan biasanya mengandungi kesilapan tatabahasa dan maksud ayat yang tidak jelas. Namun, anda sentiasa mendapat hasil terbaik di AZ Translation.

 

Privasi dan Kerahsiaan! Bagaimanakah anda boleh meyakinkan pelanggan bahawa tiada kandungan dokumen akan didedahkan kepada orang lain?

»  Semua penterjemah kami telah menandatangani suatu perjanjian tentang pendedahan kerahsiaan sebelum suatu kerja diberikan. Mereka memahami bahawa semua kandungan dokumen yang dikendalikan harus dirahsiakan. Mereka terikat dengan tindakan dan teguran undang-undang. Ini memastikan maklumat yang anda berikan dengan kepercayaan kepada kami tidak akan digunakan untuk mengambil kesempatan ke atas pihak anda atau orang lain untuk tujuan peribadi atau komersial.