AZ Translation
AZ Translation ialah pilihan terbaik anda untuk perkhidmatan penterjemahan gred tinggi di seluruh negara sejak tahun 2008. Kami memfokuskan kepada hasil kerja berkualiti tinggi pada harga yang paling mampu dimiliki. Kami memastikan keperluan anda diutamakan dan menggunakan penterjemah terbaik kami untuk menterjemah dokumen, ucapan dan lain-lain dengan tepat.
AZ Translation mempunyai sekumpulan penterjemah yang mahir dan berpengalaman berpangkalan di Malaysia. Kumpulan ini juga mengandungi beberapa orang penutur bahasa ibunda. Oleh itu, kami menjamin kesempurnaan dan profesionalisme untuk semua hasil kerja kami. Semua projek yang kami kendalikan akan melalui prosedurTEP.
Selain daripada penterjemah pakar kami, AZ Translation juga menggunakan inovasi terbaik yang ada di dalam teknologi komputer. Menggunakan alatan Terjemahan Bantuan Komputer (CAT), kami dapat memberikan terjemahan yang pantas, tepat dan lebih efisien mengikut tarikh akhir yang ditetapkan. Di sini adalah beberapa inovasi yang kami gunakan:
SDLX menawarkan beberapa alatan terbaik dan inovatif kepada industri penterjemahan untuk menghasilkan terjemahan yang menjimatkan kos dan berkualiti tinggi.
Wordfast Pro ialah salah satu daripada program perisian memori terjemahan terunggul di dunia.
Passolo merupakan alat yang memenangi anugerah yang digunakan untuk melaksanakan terjemahan antara muka pengguna dengan berkesan.
Idiom Worldserver Desktop Workbench dibangunkan untuk menawarkan integrasi paling tepat di antara Pelayan Dunia (World Server) dan terjemahan komputer peribadi serta membenarkan penggunaan ciri terjemahan intuitif.
AZ Translation memberi jaminan kepada pelanggan kami:
Kami di AZ Translation menyediakan perkhidmatan penterjemahan terbaik penuh berdedikasi di seluruh negara untuk anda. Perkhidmatan hebat kami ini diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa. Kami menawarkan harga yang menarik dengan hasil kerja berkesan sepanjang masa. Hantarkan pertanyaan kepada kami sekarang juga!
_____________________________________________
Tentang Kami
AZ Translation ialah sebuah syarikat berpangkalan di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2008. Kami menawarkan penyelesaian bahasa yang berdedikasi kepada para pelanggan kami di dalam 7 bahasa utama. Syarikat ini terdiri daripada 30 penterjemah profesional dan bebas. Para penterjemah kami yang memiliki pengalaman bekerja di tahap tertinggi industri ini menawarkan perkhidmatan penterjemahan berkualiti pada harga yang amat menarik. Pasukan penterjemah di AZ Translation dipilih kerana penguasaan mereka terhadap bahasa ibunda mereka. Mereka juga mempunyai pengalaman bekerja hampir sedekad di dalam bidang penterjemahan. Semua terjemahan dibuat dengan ketelitian dan ketepatan mengikut keperluan khusus setiap pelanggan.
AZ Translation mempunyai sejumlah pelanggan berpangkalan di China, Jepun, Korea, Singapura, Thailand, India dan lain-lain. Perkhidmatan kami ditawarkan di kedua-dua sektor awam dan swasta dan kami mempunyai banyak hubungan antarabangsa. Kami menawarkan perkhidmatan dengan harga yang menarik memandangkan kami mempunyai penterjemah yang berkelayakan yang tinggal di Malaysia. Kami menawarkan jaminan kadar rendah untuk projek-projek besar. Sebagai sebuah syarikat yang terletak di tengah-tengah kuasa ekonomi Asia yang sedang membangun, kami mengendalikan pelbagai perkhidmatan penterjemahan yang berdaya saing dan berharga.
Kami menawarkan rangkaian luas perkhidmatan penterjemahan daripada manual teknikal, dokumen kewangan, laman web, kepada bahan pemasaran dan dokumen guaman. Daripada bahasa perbualan kepada bahasa formal, kami membantu anda mencapai audiens sasaran anda dengan perkhidmatan penterjemahan kami. Kami memastikan semua terjemahan mempunyai aliran semula jadi, tata bahasa yang tepat dan struktur yang kukuh, berdasarkan kepada dokumen yang anda perlukan.
Kami juga amat mementingkan inovasi dan teknologi. Ini bermakna pihak anda dan pihak kami akan mendapat penjimatan yang lebih besar, dengan memfokuskan kepada kerja berkualiti, menambahbaikan proses serta menjimatkan masa dan tenaga. Kami amat menghargai para pelanggan kami dan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami menjadikan kepuasan pelanggan sebagai matlamat utama kami dan kerana itulah apabila seseorang pelanggan menjalinkan kerjasama dengan kami, hubungan itu akan berkekalan.
Apa yang kami tawarkan di AZ Translation bukan sekadar perkhidmatan profesional berkualiti; sebaliknya kami turut menawarkan persekitaran yang mesra dan bersifat peribadi dengan tumpuan kepada kepantasan, dan hasil kerja yang baik. Kami ingin meruntuhkan sempadan bahasa di dalam dunia ini dan kami memastikan kami menyampaikan wawasan dan idea-idea anda di dalam cara yang terbaik, tepat dan berkesan, tidak kira apa jua platform atau format yang anda ingin gunakan.
AZ Translation mempunyai segala yang anda perlukan daripada sebuah syarikat penterjemahan berkualiti. Kami menggabungkan profesionalisme bersama keghairahan, pengalaman, dan semangat untuk memastikan semua projek yang kami kendalikan untuk anda menghasilkan terjemahan yang tepat, teliti dan baik. Inilah jaminan daripada kami yang tidak akan anda perolehi daripada mana-mana syarikat lain. Cubalah kami hari ini!
_____________________________________________
Soalan Lazim
Apa itu AZ Translation?
– Sebuah syarikat berpangkalan di Malaysia yang berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan penterjemahan yang ditubuhkan pada tahun 2008.
Penterjemahan bahasa apakah yang anda tawarkan?
– Kami menawarkan penterjemahan ke Bahasa Malaysia, Jepun, Cina, Arab, Sepanyol, Perancis dan Portugis.
Bagaimana anda menetapkan harga untuk perkhidmatan ini?
– Semua perkhidmatan ini mempunyai harga tersendiri berdasarkan kepada pelbagai faktor seperti skop projek dan juga bajet. Kami juga memberi penekanan terhadap aspek masa, panjang dokumen, dan format dokumen asal, kemahiran yang diperlukan serta kemahiran pakar.
Bagaimana saya boleh membuat tempahan?
– Untuk membuat tempahan, anda boleh menghantarkan e-mel kepada ____. Sila lampirkan salinan dokumen yang ingin diterjemah. Jika anda memerlukan jawapan segera, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami di _____.
Anda menyebut tentang penggunaan TEP di dalam projek anda. Apakah itu TEP?
– Akronim ini bermaksud Terjemahan, Edit (Sunting), dan Pembacaan pruf. Ini adalah proses 3 langkah di mana penterjemah mematuhi satu sistem untuk menterjemah dokumen secara efektif daripada satu bahasa kepada satu bahasa lagi tanpa kehilangan intipati dan konteksnya, mengekalkan nada dan struktur bahasa serta memastikan tiada kesilapan tatabahasa dan struktur.
Adakah TEP begitu penting?
– Ya, prosedur TEP memastikan hasil kerja akhir mempunyai 0% kadar kesilapan dan dengan terjemahan yang tepat, mesej anda dapat disampaikan dalam cara yang paling berkesan.
Bilakah EP tidak diperlukan?
– Apabila anda mempunyai penyunting dan pembaca pruf anda sendiri untuk melakukan semakan untuk anda, maka anda tidak perlu menggunakan perkhidmatan EP.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk menyelesaikan penterjemahan satu dokumen?
– Ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti bahasa, kerumitan teks dan sudah tentu, panjang teks tersebut. Untuk dokumen yang mengandungi 10,000 patah perkataan, proses penterjemahan adalah secepat 4 ke 5 hari. Ia memerlukan lebih banyak masa untuk menterjemah dokumen yang panjang. Bagaimanapun, kami cuba untuk meletakkan nilai pada kepantasan; kami juga menekankan kualiti terjemahan. Kami ada menyediakan perkhidmatan pantas dan cepat bergantung kepada kemahuan pelanggan. Jika anda mahukan terjemahan yang sempurna, berikan sedikit masa untuk penterjemahan dilakukan.
Bagaimana saya boleh memastikan dokumen saya diterjemah oleh penterjemah manusia?
– Kami berbangga kerana mempunyai penterjemah pakar yang telah berkecimpung hampir sedekad di dalam industri ini. Kami memberikan perhatian penuh kepada kualiti penterjemahan. Penterjemahan menggunakan perisian mudah dan pelayar web memberikan anda terjemahan yang tidak lengkap, tidak sesuai dan kebiasaannya, mengandungi kesilapan tatabahasa dan maksud ayat yang tidak jelas. Di AZ Translation, anda sentiasa mendapat hasil terbaik.
Privasi dan Kerahsiaan! Bagaimana anda boleh meyakinkan pelanggan bahawa tiada kandungan dokumen akan didedahkan kepada orang lain?
– Semua penterjemah kami telah menandatangani suatu perjanjian tentang pendedahan kerahsiaan sebelum satu-satu kerja diberikan. Mereka memahami bahawa semua dokumen yang dikendalikan tidak boleh didedahkan kepada sesiapa. Mereka terikat dengan tindakan dan teguran undang-undang. Ini memastikan maklumat yang anda berikan dengan kepercayaan kepada kami tidak akan digunakan untuk mengambil kesempatan ke atas pihak anda atau orang lain untuk tujuan peribadi atau komersial.